KUCHING, 7 JULAI 2025 - Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Gedong mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Amat Berhormat Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak petang pada Isnin.
Kunjungan hormat kira-kira jam 4 petang itu diketuai Dato Sri Haji Naroden bin Haji Majais bersama kira-kira lebih 50 orang delegasi.
Kunjungan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Dato Sri Haji Naroden bin Haji Majais yang berkongsi kemajuan dinikmati Gedong dibawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong.
Para KMKK yang hadir turut membaca doa Al-Fatihah dan bertafakur selama satu minit buat isteri kepada Premier Sarawak, Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Hajah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang.
Pada kunjungan ini, Premier Sarawak mendengar perkembangan perancangan beberapa projek pembangunan Gedong.
Kunjungan hormat berlangsung kira-kira satu jam itu selesai pada jam 5.05 petang dan diakhiri dengan merakam gambar kenang-kenangan berkumpulan bersama Premier Sarawak.